Sulit
3 tahun
Badan berdenyut/ bergetar
Salam sejahtera Dr. Saya hzqh 23 tahun Akhir- akhir ini saya merasakan badan saya berdenyut/ bergetar sendiri. Tapi malam tadi saya makin tak dapat tidur disebabkan kaki bergetar saat baring/tidur walaupun tiba-tiba terbangun getaran tu tak henti. Saya rasakan getaran ini saat posisi sedang baring tetapi bukan sahaja kaki yang bergetar tempat lain pun ada kalanya tiba- tiba shja berdenyut seolah-olah disentuh. Sebelum ni saya disuspek tiroid oleh doktor-doktor disebabkan nadi saya selalu tinggi. Tetapi saya belum pernah check dengan pakar. Keluarga saya juga ada keturunan tiroid. Saya juga ada masalah sukar untuk tidur sejak 4 bulan yang lalu. Terima kasih Dr.
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor selain masalah tiroid seperti:
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.