Sulit
2 tahun
Badan lesu dan pitam
saya lelaki berumur 20tahun saya selalu rasa badan saya lemah dan lesu mata saya kabur seperti nak pitam dada saya terasa sesak dan sakit . saya pernah berjogging dah saya pitam semasa berjogging. sekarang hari ii saya rasa terganggu sebab terasa lesu dah sesak . boleh saya tahu ape masalah kesihatan saya. terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Hypoglycemia
- Tekanan darah rendah
- Hipertiroid
- Anemia
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.