Sulit
3 tahun
Sakit bahu, sendi bahu
Sy seorang student 18thn, sy mengalami sakit sendi bahu (bahagian scapula / di antara sendi ketiak dan bahu)… sy juga telah mengambil paracetamol tetapi tidak berkesan… sakit itu dialami ketika sy ingin menggerakkan tamgan ketika ingin membuat kerja… lagi ketika ingin menoleh kepala kiri dan kanan, ianya juga rasa sengal dan sakit di bahagian tersebut… paling sakit ketika ingin tidur. dan sy terpaksa memikirkan posisi tidur yg terbaik kerana baring dia atas bahu kiri sakit dan tidur saya tidak lena kerana sakit tersebut
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit bahu anda.
Berdasarkan penerangan yang diberi, anda menghadapi masalah sakit bahagian bahu ketika melakukan penggerakan semasa bekerja dah ketika menoleh kepala ke kiri atau kanan. Anda mendapati paracetamol tidak berkesan untuk menghilangkan sakit tersebut. Anda juga perlu memikirkan posisi tidur yang terbaik agar sakit ini tidak menggangu.
Tahukah anda, terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan berlakunya sakit pada bahagian bahu akibat daripada kemalangan atau aktiviti sukan yang lasak, antaranya:
- Kecederaan otot
- Torn cartilage
- Saraf tersepit
- Kecederaan akar tunjang
- Tulang bahu patah
- Bengkak
Anda perlu berbincang dengan doktor mengenainya untuk memastikan keadaan ini tidak berbahaya.
Saya berharap keterangan diatas membantu anda dan jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.