Sulit
3 tahun
Leher rase tercekik
Saya rase leher saya seperti tercekik di sebelah kanan… Saya dapat rasakan dengan kuat jika saya menundukkan kepala saya… Dan belakang badan saya terasa letih di bahagian bawah leher…
Untuk menelan tiada masalah… Tapi kalau saya bernafas melalui hifung agak tidak selesa…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah anda iaitu rasa leher anda seperti tercekik dan juga sakit belakang. Namun, maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu ringkas lalu sukar untuk kami menyimpulkan punca masalah anda secara tepat. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor mengenai perkara ini untuk nasihat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.