Sulit
2 tahun
Badan berasa lenguh dan sakit2 di bahagian paha
sy lelaki umur 23 thn,saya nak tanya kelmarin saya ade melakukan onani tetapi selapas itu badan sy jadi lenguh2 dan berasa sakit di.bahagian paha apa sebab yang terjadi di diri saya ye?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir
- Masalah otot tulang belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Masalah keradangan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah saraf pelvis - akibat keradangan atau tekanan dalam struktur pelvis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.