Sulit
3 tahun
Sakit bahu dan xboleh angkat sepenuhnya
Saya lelaki. Baru2 ni mak saya xboleh angkat tangan kiri sepenuhnya dari bawah ke atas. Tapi tangan kanan boleh. Dah jumpa pakar ortho and suruh buat mri dulu. Adakah benda ni boleh bawak ke surgery atau boleh menyebabkan penyakit lain?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- masalah koyak pada tendon/ ligamen
- masalah retak pada tulang bahu
- masalah autoimun melibatkan otot/otot kejang
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.