Sulit
4 tahun
Haid dan derma darah
Saya seorang gadis 21tahun. Haid pertama saya adalah pada umur 11tahun. Sejak haid pertama, saya selalu dtg haid lebih dari 14hari (istihadah). Dah berkali kali check dengan doktor, tapi saya okay. Sihat dan tiada masalah apa2. Soalan saya, dlm tempoh ni boleh atau tidak jika saya menderma darah?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat banyak kriteria yang akan digunakan oleh pusat derma darah bagi membolehkan seseorang itu menderma darah. Antara kriterianya adalah cukup berat badan, tidak sakit dan tidak mengambil ubat kebelakangan ini serta tidak pernah terlibat dengan hubungan seksual rambang. Anda boleh mencuba untuk menderma darah dan mereka akan memberikan anda borang untuk diisi sebelum anda boleh menderma darah. Sekiranya mereka merasakan anda tidak sihat atau tidak mencukupi kriteria derma darah, maka anda perlu menerima penolakkan mereka. Sekiranya tidak, maka anda boleh menderma darah. Sekian.