Sulit
3 tahun
Kurang darah atau disebabkan hal lain
Hello doc. Saya masih remaja. Saya ingin tanya mengapa setiap kali ambil darah, darah saya sukar untuk dapat. Pernah suatu hari, hampir 5 ke 6 kali baru dapat. Kolej saya juga pernah mengadakan program derma darah, semasa nurse ambil darah saya di jari untuk tau jenis darah saya, nurse tersebut mengatakan saya tidak boleh menderma darah kerana darah dalam badan saya hanya cukup untuk saya. Jadi saya ingin juga bertanya adakah saya kurang darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hello, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda bimbang akan kesukaran darah anda diambil setiap kali menderma darah dan ingin mengetahui puncanya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, gejala sedemikian lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan, seperti:
- salur darah yang terlalu halus
- tidak cukup tenang atau relaks sewaktu pengambilan darah
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Anemia atau kurang darah
- Masalah kanser
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih