Sulit
4 tahun
Derma Darah Selepas menerima darah
Hi sy wanita berumur 29 tahun. Sy ingin bertanya, boleh kah saya menderma darah selepas 4 tahun telah menerima darah pada 2016 akibat komplikasi bersalin. terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, berikut adalah kriteria untuk penderma darah:
- Sihat tubuh badan.
- Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
- Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
- 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
- Berat badan 45kg ke atas.
- Tidur minimum 5 jam.
- Tiada masalah kesihatan.
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
- Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
- Bertukar-tukar pasangan seks.
- Mengambil dadah secara suntikan.
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
- Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
- Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
Jangan menderma jika anda :
- Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
- Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
Sejarah pernah menerima darah ketika bersalin tiada dalam kriteria am yang digunapakai. Namun setiap hospital mahupun makmal mungkin ada kriteria yang berbeza. Anda perlu untuk merujuk kepada fasilit kesihatan tersebut untuk maklumat lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut mengenai soalan anda. Terima kasih.