Anonymous
4 tahun
Derma darah jika pernah melakukan seks
Assalamualaikum doktor. Saya nak bertanya, kalau seseorang dan pasangan pernah melakukan seks, bolehkah mereka menderma darah? Seperti situasi kawan saya, mereka pernah melakukan seks dan kali terakhir pada bulan 12/2018. Bolehkah mereka menderma darah?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Didalam borang derma darah, penderma perlu menyatakan secara jujur jika mereka pernah melakukan hubungan seks melebihi satu pasangan. Jika mereka pernah melakukan hubungan seks lebih daripada satu pasangan sebelum ini, mereka tidak boleh menderma darah kerana risiko jangkitan HIV, hepatitis dan banyak lagi yang boleh membahayakan kepada si penerima.