Sulit
3 tahun
Tempoh untuk derma darah selepas selesai period
Saya wanita dan saya nk tanya ada x tempoh untuk derma darah selepas period. Maksudnya lepas habis period, saya nk kena tunggu bagi cukup untuk satu tempoh atau keesokannya saya dah boleh derma darah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, syarat khusus menderma darah bagi wanita adalah tidak datang haid, tidak mengandung dan tidak menyusukan anak. Hal ini bermakna setelah habis tempoh haid, anda sudah boleh menderma darah. Terdapat juga beberapa syarat / kriteria lain yang harus dipenuhi oleh penderma darah. Antara kriterianya adalah cukup berat badan, tidak sakit dan tidak mengambil ubat kebelakangan ini serta tidak pernah terlibat dengan hubungan seksual rambang. Anda boleh mencuba untuk menderma darah dan mereka akan memberikan anda borang untuk diisi sebelum anda boleh menderma darah. Sekiranya mereka merasakan anda tidak sihat atau tidak mencukupi kriteria derma darah, maka anda perlu menerima penolakkan mereka. Sekiranya tidak, maka anda boleh menderma darah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih