Sulit
3 tahun
Derma darah dan hubungan seksual
Saya seorang lelaki,nak tanya doc kalau pernah melakukan seks dgn pelucuh atau dengan wanita yg tidak kenal,boleh derma darah atay berapa bulan baru boleh derma?kalau boleh perlu x saya menyatakan keadaan ini semasa mengisi borang derma darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda tidak dapat menderma darah buat sementara waktu (bergantung kepada status kesihatan) sekiranya anda pernah (anda boleh menemui perkara di bawah di dalam borang derma darah):
- Melakukan hubungan seks dengan pekerja seksual komersil (pelacur)
- Mempunyai pasangan seksual baru dalam masa tempoh 12 bulan
- Melakukan hubungan seksual sesama jantina
Selain itu, anda perlu menyatakan dan menanda kepada item-item yang dinyatakan di dalam borang derma darah tersebut dengan jujur semasa mengisinya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.