Sulit
2 tahun
Bolehkah menderma darah?
Umur 56 tahun. Makan ubat darah tinggi Enalapril 2X sehari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit darah tinggi serta pengubatan darah tinggi bukanlah satu kontraindikasi untuk menderma darah. Seseorang pesakit darah tinggi dibolehkan menderma darah selagi tekanan darahnya terkontrol.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi dokto untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.