Sulit
3 tahun
Kemaluan berasa Gatal dan ketidakselesaan membuang air besar
Saya lelaki berusia 24 tahun, pada 2 minggu lalu saya telah melakukan hubungan seks (Anal & Oral Sex). Selepas beberapa hari, kemaluan saya mula merasa gatal di tempat mengeluarkan air kencing dan merasa seakan panas ketika membuang air kecil. Ianya tidak menyakitkan tapi saya berasa amat risau. Kali terakhir saya melakukan anal seks sekitar 5 bulan lalu.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan semasa buang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Seks anal (Pertembusan berlaku pada dubur)
- Kecederaan otot di sekitar punggung akibat posisi seks.
- Hemorrhoid
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.