Sulit
2 tahun
Najis cair dan bewarna kuning
Saya berlingkungan umur 20an. Saya rasa sakit perut, tapi bila saya buang air besar, dia keluar cecair warna kuning. Apa kah masalah itu? Ini kali pertama. Saya memang sukar nak buang air besar…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.