Sulit
3 tahun
Berak keluar seperti cacing panjang ukuran 8cm
saya 17 , tdi saya sukar buang air besar dan waktu terakhir kuar mcm rupa cacing warna itam dan warna kuning atau putih yg panjang . apakah masalah yg sedang saya hadapi doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, perubahan pada najis sememangnya membimbangkan. Ia boleh disebabkan oleh penyakit atau perubahan pada diet anda.
Sepertimana gejala yang anda nyatakan, najis berwarna putih adalah tidak normal. Ia adalah petanda bahawa terdapat masalah pada pemprosesan hempedu.
Masalah ini boleh berpunca daripada kandang empedu atau hati. Kami menasihati aga masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.