Sulit
2 tahun
Masalah kesihatan berkenaan usus
Saya berumur 26 tahun. Sebelum ini saya ada masalah sembelit dan sembelit saya dah semakin baik. Tapi sejak beberapa hari ni najis saya berwarna hijau dan bahagian bawah terasa seperti dicucuk cucuk dan sakit sekitar pinggang. Boleh saya dapatkan penerangan tentang ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah najis hijau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Makanan bergerak terlalu pantas melalui usus dan pigmen hempedu tidak dapat diurai dengan sepenuhnya
- Kesan daripada ubat yang dimakan seperti antibiotik
- Jangkitan pada usus
- Kesan daripada makanan tertentu seperti bayam atau sayuran yang lain
Situasi anda mungkin juga disebabkan oleh penyakit lain. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.