Sulit
3 tahun
Kurang selera makan dan Najis bersaiz kecil
Hi doctor.Baru-baru ini adik saya yg berusia 5 tahun kurang selera makan dan najisnya bersaiz kecil seperti little finger.Apakah penyebabnya doctor?Harap doctor boleh membantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang adik anda alami ini, tidak berselera makan dan najis bersaiz kecil mempunyai beberapa punca, contohnya stress, penyakit pada sistem pencernaan, penyakit mental dan ketumbuhan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala adik anda, terangan tentang penyakit adik anda dan sejarah kesihatan adik anda yang jelas amat diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.