Sulit
3 tahun
Terlalu kerap membuang dengan kuantiti yang sedikit
hi doktor. saya terlalu kerap membuang air besar. kadar kekerapan kadang mencecah 7,8 kali sehari tetapi jumlah najis yg dibuang terlalu amat sedikit. sy berumur 30 tahun dan menjalani hidup yg agak aktif dengan bersukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kerap buang air besar boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisihan
- Pengambilan kafein berlebihan seperti kopi atau teh
- Sindrom iritasi usus
- Masalah peningkatan kadar metabolisme
- Penyakit radang usus
- Jangkitan usus (virus, kuman atau parasit)
- Penyakit usus lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.