Sulit
3 tahun
Migraine dan Kecacingan Selepas Membuang Air Besar
Saya wanita berumur 24 tahun, sudah seminggu saya mengalami migraine bahagian belakang kepala dan telah pergi ke 2 buah klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Hasilnya, doktor hanya memberi ubat loya/pening dan ubat tahan sakit sahaja. Harini sudah masuk hari ke 10 saya masih berasa sakit kepala dan ditambah pula dengan keadaan perut yang tidak selesa seperti ada pergerakkan angin di bahagian usus selepas makan dan terdapat benda asing seperti cacing semasa membuang air besar. Tetapi saya jarang sekali muntah atau pengsan. Perlukah saya pergi jumpa doktor lagi untuk mendapatkan rawatan kepada penyakit yang saya alami sekarang? dan adakah ia simptoms kepada penyakit yang kronik? tq in advance
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda menghidapi masalah migrain dan kini anda mengalami masalah seperti pergerakan angin pada bahagia usus selepas makan dan benda asing seperti cacing semasa membuang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami sekarang tidak berkaitan dengan penyakit kronik. Sebaliknya, ia boleh berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak bersih yang menyebabkan penyakit cacing atau boleh juga disebabkan oleh intoleransi makanan atau jangkitan pada usus (enterocolitis) dan radang usus.
Kami menyarankan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.