Sulit
2 tahun
Masalah Sakit Di Tempurung Lutut
Selamat sejahtera, doktor. Saya han. Umur 35 tahun.
Saya hadapi masalah osteoartritis di lutut kiri disebabkan oleh kecederaan sewaktu umur 12 tahun ( jatuh bermain bola sepak di sekolah rendah). Akibatnya dari kejadian itu, tempurung lutut kiri telah retak & pihak hospital melakukan pembedahan lutut untuk memasang alat seperti wayar di sekitar tempurung itu. Selepas pembedahan & pulih ( boleh melakukan aktiviti harian) lutut berasa kurang selesa & kadang kala ada terasa sakit di sekitar tempurung sehingga saat ini. Persoalan saya adakah tempurung yang retak itu telah bercantum baik setelah 23 tahun dipasang wayar di tempurung itu? Kebelakangan ini saya berasa sakit amat di sekitar tempurung jika merubah posisi duduk ke berdiri @ berdiri ke duduk. Adakah boleh melakukan pembedahan untuk mengeluarkan alat wayar itu? Terima kasih menjawab persoalan saya.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit lutut, osteoarthritis dan mempunyai sejarah pembedahan tempurung lutut. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, sakit lutut pada umur yang muda memerlukan perhatian oleh doktor . Antara punca seseorang mengalami sakit lutut pada umur yang muda adalah:
- Obesiti
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Kecederaan tulang atau sendi
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera, seperti:
- Jangkitan sendi
- Radang sendi ( osteoarthritis )
- Kanser tulang ( osteosarcoma )
Tulang yang cedera atau patah berpotensi untuk sembuh semula.Ia merupakan tisu yang unik di mana ia mampu untuk tumbuh semula dan membentuk hingga normal atau hampir normal.
Proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat:
- Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
- Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
- Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu)
- Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.