Sulit
3 tahun
Ibu saya selalu mengalami sakit lutut belah kiri rasa sakit hingga ke paha..selalu jugak rasa kebas di tangan
ibu saya(46tahun) selalu mengalami sakit lutut belah kiri rasa sakit hingga ke paha…selalu jugak rasa kebas di tangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit lutut yang ibu anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada permasalahan ini antaranya:
- Osteoarthritis (radang sendi)
- Rheumatoid arthritis (radang sendi)
- Kecederaan ligamen atau otot dan sebagainya
Apabila sendi mengalami masalah, maka ia akan menjejaskan postur seterusnya fungsi otot atau sendi yang lain seperti paha dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Masih risau tentang sakit lutut? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!