Sulit
3 tahun
Lutut berbunyi bila menaiki tangga
Saya wanita berusia 40 thn. Selepas 3 kali beranak dia usia 20an saya masih boleh aktif & berat badan ideal. Tetapi selepas 8 tahun tak beranak, saya mengandung kali ke 5, umur 37 (ke 4 gugur pada umur 30 thn). Kandungan kali ini berat badan naik sehingga lebih 80kg. Sedangkn tinggi saya cuma 153cm, dan kaki saya, berkasut saiz 5. Selepas bersalin, saya tak dapat turunkn berat lagi seperti sebelum mengandung. sekarang 64kg. Selepas bersalin, pergerakan saya agak perlahan & terbatas. Sekarang dah 3 thn selepas bersalin. Kalau cangkung kena berpaut baru boleh bangun. Bila naik tangga. Tulang lutut saya berbunyi mcm keropok. Tak boleh buat squat, lutut sakit & berbunyi. Nak jogging pun sakit lutut. Bila buat walkaton, selepasnya sakit lutut juga. Adakah lutut saya dpt dipulihkan?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda berkenaan gejala lutut berbunyi dan sakit lutut yang dialami. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala lutut yang berbunyi atau lebih sering dikaitkan dengan istilah crepitus boleh disebabkan oleh letupan gas bubble pada cecair synovial lutut atau radang sendi (arthritis) sekiranya disertai dengan rasa sakit. Gejala-gejala ini juga boleh diperberatkan lagi oleh beberapa faktor seperti
- Obesiti
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Faktor usia
- Kerap melakukan senaman yang intensif
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang serius serta memerlukan rawatan doktor segera seperti osteoarthritis atau kecederaan sendi lutut.
Sila hubungi kami di atas talian agar kami dapat membantu anda dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami serta rawatan sekiranya perlu.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.