Sulit
2 tahun
Sakit di lutut Mgkin sbb duduk lama
Salam…saya perempuan berumur 33 & berat underweight… saya berkerja di office yg sentiasa duduk…sejak kebelakangan ini saya rasa sakit di bhgian lutut…Mgkin kaki berlipat terlalu lama…Dan kalau saya duduk bersila di bawah terlalu lama pun akan sakit lagi …soalan sya…perlu ke saya mkn supplement ( sya minum susu je takat ni Dan x pernah amik supplement/ubat or vitamin) or vitamin or ada ubat² tertentu yg boleh hilangkan sakit lutut saya? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit lutut pada umur yang muda memerlukan perhatian oleh doktor . Antara punca seseorang mengalami sakit lutut pada umur yang muda adalah:
- Obesiti
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Kecederaan tulang atau sendi
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera , seperti:
- Jangkitan sendi
- Radang sendi ( osteoarthritis )
- Kanser tulang ( osteosarcoma )
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.