Sulit
3 tahun
Cara untuk merawat sakit lutut selepas beronani
saya kerap rasa ketagih untuk beronani tapi saya cuba untuk tahan dripada nafsu nak beronani , tapi apabila saya beronani lutut sakit menjadi sakit , apakah rawatan untuk sakit lutut atau cara untuk mengelakkan dripada beronani
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, beronani tidak akan menyebabkan masalah sakit lutut. Antara punca yang menyumbang kepada sakit lutut adalah:
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Jangkitan pada sendi ( Septic arthritis )
- Kecederaan pada lutut dan struktur sekitarnya
Anda boleh mencuba teknik-teknik berikut untuk mengurangkan sakit lutut yang anda alami:
- Berbasikal atau berenang; ini secara langsung dapat menguatkan otot kaki anda
- Berjalan setakat yang mampu, berhenti sebentar dan sambung berjalan semula
- Yoga
- Tai chi
- Senaman aerobik di dalam air
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika sakit lutut anda mengganggu aktiviti harian anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan yang boleh berlaku jika melakukan onani, antaranya ialah:
- kecutan pada zakar
- erectile dysfunction
- ejakulasi pramatang
- cepat kelihatan tua
- kemandulan
Antara cara-cara untuk berhenti adalah:
- Jauhkan diri daripada pornografi
- Isikan masa lapang anda dengan hobi
- Luangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan
- Bersenam
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih