Sulit
3 tahun
Lutut lemah, berbunyi pop, kaki terasa kecil dan dekat tapak kaki berdenyut2 sama gerakan seperti jantung
Saya lelaki umur 26 tahun, selepas saya melakukan onani, lutut saya lemah, kaki seperti rasa jadi kecil, kepala tempurung lutut terhantuk sikit dah rasa ngilu dan terasa longgar berbunyi, serta berbunyi pop kuat sangat ketika kaki kiri dan kanan di luruskan? Terasa angin, dan kosong di lutut saya serta kaki menjadi lemah. Adakah itu fakta, ada ubat yang boleh sembuhkan lutut saya selain senaman kaki dan squat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar,
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat kelamin
Onani tidak dapat dipastikan untuk membuatkan seseorang lemah dan letih namun ianya boleh berkait rapat kerana interaksi hormon dalam badan. Kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta masalah seperti ejakulasi pra-matang atau mati pucuk. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit lutut, seperti:
- Kecederaan pada lutut
- Osteoartrhitis
- Rheumatoid arthritis
- Kecederaan meniskus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pergerakan lutut terbatas
- Kesukaran untuk melakukan aktiviti harian
- Gangguan tidur
- Lutut anda kembang atau bengkak
Masih risau dengan sakit lutut? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Anda boleh lakukan aktiviti senaman untuk kekuatan lutut dan otot paha untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya keadaan semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.