Sulit
3 tahun
Tulang lutut / pergelangan kaki selalu berbunyi (meletup)
Saya berumur 17 tahun. Apabila saya bangun selepas duduk bersila atau duduk di atas kerusi, tulang lutut belah kanan saya kerap berbunyi. Kadang-kadang perkara ini berlaku juga walaupun saya duduk melunjur.
Kalau sehari tu kerap berlaku, naik tangga pun lutut berasa tak selesa.
Kemuadian, semasa saya menggerakkan pergelangan kaki secara memusing(?), saya terdengar bunyi meletup yang paling kurang pun 5 kali (5 gerakan pusingan).
Oh ya, lagi satu…tapak kaki / kaki saya selalu sejuk.
Perkara ini kerap berlaku kepada saya sehingga ibu bapa saya pun risau. Bagaimana nak mengatasi masalah-masalah ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, keadaan lutut berbunyi ini boleh disebabkan oleh pergerakan ligamen atau pemampatan gelembung nitrogen di ruang sendi.
Kebanyakan orang mengalami masalah ini terutamanya di jari dan lutut mereka. Biasanya perkara ini adalah normal kecuali jika terdapat bengkak dan sakit. Jika bengkak, sakit atau kemungkinan retak atau berbagai punca lain terlah terjadi, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Hal ini kerana maklumat dan pemeriksaan terperinci diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!