Sulit
2 tahun
Sakit belakang atas kiri
Saya wanita 57 tahun. Saya sedang dlm rawatan gastric. Sakit perut saya sudah semakin pulih, cuma saya sakit di bhgn belakang, arah kiri atas tapi bukan bahu. Antara tulang belikat dan tengah. Saya cuba urutan panas tapi masih tidak berkesan. Adakah in berkait dengan gastric atau masalah jantung? Tqvm.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Serangan jantung : ia biasanya diiringi simptom lain seperti sakit dada, sakit bahagian rahang, sakit di bahagian lengan, loya dan muntah.
- Scoliosis : ia merupakan satu kondisi di mana tulang belakang melengkuk dan memberi tekanan yang lebih kepada paru paru sekaligus membuatkan seseorang sukar dan sakit ketika bernafas.
- Jangkitan kuman pada paru-paru : juga dikenali sebagai pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru. Simptom lain pneumonia termasuklah demam, batuk dan sesak nafas.
- Kanser paru-paru : ketumbuhan pada paru-paru boleh memberi tekanan keatas saraf tulang belakang dan menyebabkan seseorang sukar bernafas dan sakit belakang.
- Embolisme paru-paru : ia berlaku apabila darah beku tersumbat di salah satu saluran darah ke paru paru. Ia boleh menghalang saluran darah yang normal dan sangat berbahaya sekiranya berlaku.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.