Sulit
2 tahun
Sakit belakang Yang berlarutan hampir dua bulan
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya mengalami sakit belakang yang sudah hampir 2 bulan. Apabila saya membongkok, belakang saya sakit dan apabila saya menegakkan badan, belakang saya akan berdenyut. Bila berbaring juga saya tidak selesa dan sejak seminggu lalu saya tidur beralaskan bantal di bahagian belakang. Tapi ia melegakan untuk jangka masa yang pendek sahaja. Minyak angin juga saya sapu tapi tidak dapat melegakan kesakitan saya. Adakah sakit ini akan menyebabkan sakit yg kronik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti slip disc
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
-Batu karang pada saluran buah pinggang
-Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.