Sulit
3 tahun
Saya mengalami sakit tapak kaki dan badan belakang
Saya wanita berumur 25 tahun.saya bekerja di pasaraya bahagian grocery.kaki saya kerap sakit terutama bila waktu malam ketika tidur.saya juga pernah ke klinik beberapa kali.doktor mengatakan mungkin masalah kasut.saya dah tukar kasut tapi still sama.berdiri lama akan bertambah sakit.kini sakitnya sampai ke tapak kaki dan akan cepat kebas bila duduk.belakang saya juga sakit bila tunduk untuk angkat barang.tak itu juga,bawah perut saya juga sakit seperti senggugut.sekejap ok sekejap tak,masalah ini menyebabkan emosi saya tak stabil.apa perlu saya buat untuk mengurangkan rasa sakit ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai masalah sakit kaki, sakit belakang dan sakit di bahagian bawah perut. Anda ingin mengetahui tentang cara untuk mengurangkan simptom tersebut kerana sangat mengganggu emosi anda. Saya akan cuba untuk memberikan maklumat berkaitan keadaan anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit perut di bahagian bawah seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom sakit kaki dan belakang bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut. Hal ini kerana, jika terdapat gangguan kesihatan di kawasan tersebut, ia boleh mengganggu sistem saraf yang berada berhampiran.
Manakala faktor penyakit ginekologi yang boleh menyebabkan keadaan seperti diatas adalah:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Trauma
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang betul untuk mengurangkan masalah kesihatan anda.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.