Sulit
2 tahun
Sakit belakang dan seluruh sendi
Assalamualaikum Dr. Saya telah membuat ujian xray untuk sakit belakang saya baru2 ini. Dan didapati pada xray, bahagian L5 saya seperti terlindung dan terdapat seperti “spike” @ seperti percikan2 kecil di situ. Boleh saya tahu keadaan apa yang boleh menyebabkan hal itu terjadi?
-Saya juga mengalami kekejangan pada bahagian tertentu seperti di bahagian pinggul dan betis, pada tulang rusuk dan lain tempat.pernah satu badan dari belakang tengkuk hingga bawah
-sakit pada pinggul hingga kaki. Sangat sakit pada bawah lipatan lutut. Seperti tegang dan rasa renjatan
-lemah kaki
-cepat letih dan letih melampau
-sukar bernafas dengan baik dan mudah semput dan kadang2 rasa sakit pada dada sampai tengah perut
-sakit pada sendi2
-sakit pada tulang dan rusuk
-tidur tidak puas. Seperti saya bekerja kuat ketika tidur. Masih penat ketika bangun tidur
Boleh dikatakan satu badan saya mula melemah dan tidak rasa sihat.
Terima kasih Dr.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang terseliuh
- Sakit otot yang lain
- Masalah tulang belakang- selepas cedera, dll.
- Postur duduk / diri / tidur yang tidak betul
- Isu berkaitan sistem saraf
- Tulang rawan tergelincir ( Slipped disc )
Kembali kepada soalan anda mengenai ujian xray anda, saya tidak boleh memberi analisis tanpa melihatnya. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.