Sulit
2 tahun
Sakit tulang belakang kanan bahagian atas dan sukar bernafas
Hi Doc! saya wanita berumur 17 tahun,dan duduk di asrama penuh.saya mengalami rasa sakit tulang belakang kanan ATAS ,rasa nyeri dan sukar bernafas apabila sakit itu timbul.saya mengalami sakit ini sudah 3 tahun dan hanya makan ubat panadol extend sahaja apabila sakit mula melarat.Sakit akan mula jika saya angkat benda berat (mahupun benda ringan) atau duduk di lantai (mahupun kerusi) walaupun duduk sekejap,sakit ini akan mula terasa…harap doc dapat menjawab soalan saya,dan tolong juga berikan nama ubat yang sesuai untuk saya amalkan atau makan ketika sakit bermula.terima kasih doc,may god bless you!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- Otot kejang / muscle spasm
- Kedudukan ataupun posisi badan yang salah
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera, seperti:
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
- Cervical Radiculopathy
- Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.