Sulit
3 tahun
Sakit belakang ketika baring
Saya wanita berumur 16 tahun . Selepas mendapat suntikan vaksin , saya telah mengalami sakit belakang . Selepas 2 atau 3 hari mendapat suntikan vaksin , saya sudah tidak merasai sakit belakang ketika berjalan , duduk dan berdiri tetapi merasai sakit belakang tersebut ketika baring . Saya harap doktor boleh beri penjelasan tentang masalah yang saya hadapi .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
- Prolapsed intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
- Scoliosis dan kyphosis tulang
- Kanser tulang belakang
- Osteoporosis (tulang yang lemah)
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
- Penyakit batu karang
- Penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.