Sulit
2 tahun
Lenguh dan sakit yang berpanjangan pada tulang belakang
saya remaja berumur 18 tahun yang mengalami masalah ini pada 2 tahun yang lalu.Saya kerap merasa lenguh pada bahagian belakang badan dan tidak boleh duduk terlalu lama kerana sakit pada bahagian pinggul.Oleh sebab itu saya selalu merasa tidak selesa pada bahagian belakang apabila duduk lebih-lebih lagi duduk yang lama.Pada waktu saya berumur 13 tahun saya pernah terjatuh kerusi.Namun tidak membuat pemeriksaan kerana saya tidak merasa sakit selepas sehari daripada kejadian itu.Adakah masalah ini berkaitan dengan kejadian yang berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit pinggul boleh disebabkan oeh beberapa perkara. Antaranya:
- Patah leher femoral
- Femoroacetabular impingement (FAI) - keadaan di mana tulang tambahan tumbuh menyebabkan bentuk tulang yang tidak teratur
- Iliopsoas bursitis ( internal snapping hip ) paling sering terjadi apabila tendon iliopsoas terkena pada tulang tajam
- Osteoarthritis
- Osteonecrosis yang terjadi apabila bekalan darah ke kepala femoral terganggu, menyebabkan tulang di kepala femur mati
Kemungkinan masalah tulang pinggul anda adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Keradangan pada sendi tulang pinggul yang disebabkan oleh kecederaan berikut
- Terdapat masalah sendi tulang pinggul yang terkehel tetapi tidak dirawat dan menyebabkan ia menjadi fibrosed , dimana ligament yang terlibat telah menjadi keras dan memudaratkan pergerakan.
- Penyakit tulang am seperti Osteoarthritis ataupun kekurangan kalsium dan sebagainya. Ia juga boleh dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon wanita ataupun penyakit reproduktif wanita.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.