Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 47 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berumur 43 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah. Saya berkerja sebagai seorang pekerja buruh. Tugas saya adalah untuk mengangkat kotak dan bahan-bahan lain untuk disusun dalam setor di kilang saya.
Sejak belakangan ini, saya mempunyai sakit belakang yang teruk. Kadang kala saya tidak boleh berjalan jarak pendek kerana terlampau sakit dan terpaksa berhenti bergerak untuk pulih dari kesakitan tersebut. Tambahan pula, saya juga berasa kebas sehingga ke jari kaki sejak mendapat masalah sakit belakang ini. Keadaan ini membimbangkan saya dan juga isteri saya. Ibu saya pernah mengalami gejala yang akibat daripada penyakit slip disc. Bolehkah doktor memberitahu lebih lanjut tentang penyakit ini kepada saya?
erima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan aduan encik, saya rasa encik berkemungkinan mempunyai penyakit slip disc (Disc Prolapse). Penyakit slip disc merupakan sejenis penyakit di mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asalnya mengakibatkan tekanan saraf tunjang dan sakit berdasarkan saraf yang terjejas. Gejala yang diceritakan oleh encik seperti sakit belakang apabila mengangkat bahan berat, ketidakupayaan berjalan jarak dekat kerana sakit belakang, dan masalah kebas yang merebak sehingga ke jari kaki berkait rapat dengan penyakit slip disc.
Kemungkinan besar masalah ini disebabkan oleh pekerjaan encik yang memerlukan mengangkat bahan yang berat. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan disc dalam tulang belakang berganjak dari tempat asalnya. Di samping itu, faktor umur dititikberartkan kerana warga tua terdedah kepada kepada masalah tulang belakang haus akibat geseran antara permukaan tulang yang menyebabkan perubahan struktur. Oleh itu, encik dinasihatkan agar segera berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Tulang belakang kita merangkumi beberapa jenis kumpulan tulang yang bernama ‘cervical’ sebanyak 7 tulang, ‘thoracic’ sebanyak 12 tulang, ‘lumbar’ sebanyak 5 tulang, ‘sacrum’ sebanyak 5 tulang dan ‘coccyx’ sebanyak 4 tulang. Kesemua tulang ini dilindungi oleh sejenis disc dari segala kecederaan.
Setiap disc mempunyai dua bahagian iaitu bahagian lembut yang bergelatin pada bahagian dalam dan bahagian luar pula bersifat keras. Sebarang kecederaan akan menyebabkan bahagian dalam disk tersebut menonjol sehingga ke bahagian luar. Inilah yang dipanggil sebagai penyakit slip disc. Ini akan mengakibatkan sakit dan perasaan kurang selesa. Kadang kala ia juga boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga terasa kebas pada bahagian yang terjejas.
Penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :
TTerdapat beberapa gejala penting yang harus dikenal pasti oleh setiap individu untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit slip disc ini atau tidak. Antara gejala ialah seperti:
Kesemua gejala ini akan berubah dari seorang ke seorang. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada seorang pakar perubatan yang berpengetahuan.
Rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:
Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:
Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Antara komplikasi yang dimaksudkan ialah:
Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk mendapat nasihat dan info lanjut daripada doktor atas talian kami.
Rujukan
Soalan berkenaan - rawatan slip disc tanpa pembedahan, ubat untuk slip disc, risiko pembedahan slip disc, punca sakit tulang belakang
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my