Sulit
3 tahun
Senggugut teruk ketika haid
saya bella (bukan nama sebenar) saya berumur 15 tahun . saya setiap kali uzur pasti senggugut teruk . apabila senggugut saya akan mengigil satu badan , perut terlalu sakit , badan sejuk tapi sebenarny badan berpeluh , tak larat untuk berjalan . kenapa senggugut saya teruk ye dokter ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang senggugut yang berlaku yang disertai gejala menggigil, tidak larat berjalan dan badan berpeluh setiap kali uzur. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sengugut yang disertai gejala mengigigll dan berpeluh ketika haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- peningkatan hormon prostaglandin
- inflamasi organ kelamin
- dehidrasi
Namun itu, gejala-gejala yang berterusan atau bertambah parah juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Endometriosis
- Penyakit radang pelvis
- Adenomyosis
Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih