Sulit
2 tahun
Sakit selepas period
Selamat pagi Doktor. Saya wanita bujang berusia 24tahun. Tempoh period hanya 3 hari. Saya ingin bertanya adakah normal sakit seperti sengugut dan sakit2 badan selepas period? Saya mengalami sakit ngilu dan kadang kala sakit sengugut di bahagian rahim(?) (atas kemaluan, bawah pinggang). saya juga merasa sakit badan dan pinggang. Dan semalam saya tiba-tiba merasa ngilu dia bahagian tulang belakang tengah-tengah. Harap dapat membantu. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Endometriosis
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Infeksi saluran kencing
- Penyakit radang panggul
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.