Sulit
3 tahun
Sakit senggugut yang teruk sangat sampai rasa nak give up
Salam sejahtera doktor. Saya wanita berumur 20an dan masih bujang. Saya mula period masa umur 12 tahun dan boleh dikatakan tidak pernah dapat senggugut. Tapi masa umur saya 14 tahun, saya pernah dapat senggugut yang sakit sangat sampai tak mampu nak berjalan dan sempat tertidur di tengah jalan masa nak balik rumah. Masa umur saya 14 tahun ni, saya masih sangat jarang senggugut yang sakit sangat time period. Masa umur saya 16 tahun pula, saya pernah tak pergi sekolah sebab sakit senggugut yang teramat sangat sampai hanya mampu bergolek-golek di lantai menahan sakit perut. Time ni, boleh dikatakan saya dapat senggugut yang teruk time period Dalam beberapa Kali setahun. Tapi masa umur saya dah start 18 tahun sampai sekarang (21 tahun), hampir setiap Kali period saya akan alami sakit senggugut yang teruk sangat. Pernah juga beberapa Kali sewaktu saya masih kerja, saya tak mampu buat apa-apa kerja Di tempat kerja jadi bos suruh rehat jer…sakit senggugut yang saya alami ni sangat-sangatlah mengganggu rutin harian saya. Kalau hari pertama saya period, saya hanya akan berkurung Di bilik sehingga petang disebabkan menahan sakit senggugut. Pernah juga saya makan penadol Dan ubat senggugut sebab tak mampu tahan. Saya akan alami sakit senggugut yang teruk pada hari pertama period (tak mampu nak tahan Dan rasa nak give up)…saya juga akan alami sakit senggugut pada hari kedua Dan ketiga (sakit senggugut yang masih boleh Di tahan). Antara simptom-simptom yang saya alami semasa sakit senggugut ni ialah pening kepala, sakit senggugut dari atas pusat hingga bawah abdomen seperti mencucuk-cucuk Dan menikam, sakit kepala Dan rasa pitam, mual-mual Dan muntah (baru-baru terjadi), sakit belakang yang teramat, rasa lesu Dan tidak bermaya, cirit-birit, kesejukkan Dan sakit dubur ketika ingin break. Dulu, pernah juga beberapa Kali keluar ketulan darah sewaktu saya nak kencing time period. Doktor, tolong saya…saya dah tak mampu tahan sakit senggugut ni,setiap Kali saya period saya akan rasa seperti mimpi ngeri akan menemani saya. Sakit senggugut yang saya alami amatlah menyeksakan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit endometriosi
- Fibroid
- Penyakit radang pelvis
- Uterine anomaly
- Penyakit pada ovari seperti sista
- Ketumbuhan faraj seperti polip
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.