Sulit
3 tahun
Keluar seakan selaput ketika haid
Doktor, saya berusia 27tahun. Setiap kali period akan senggugut teruk, pitam dan mual. Pada hari pertama atau kedua period, akan keluar seakan selaput. Pada awalnya saya ingat saya keguguran tapi bila pergi hospital, dan check upt negative. Sebelom keluar selaput tu, saya akan senggugut yang sangat teruk sehingga pitam. Apakah sebenarnya selaput tu and adakah saya menghidap endometriosis?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, keluar selaput, senggugut, mual dan pitam ketika haid, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Fibroid
- Sista ovari
- Polip
- Lapisan rahim tebal
- Endometriosis (lapisan rahim tumbuh di luar rahim)
- Adenomyosis (lapisan rahim tumbuh ke dalam otot rahim)
- Penyakit radang pelvis
Selaput yang dikeluarkan mungkinnya adalah lapisan rahim yang tertebal, atau ketulan darah. Namun, untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan. Oleh itu, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.