Sulit
3 tahun
Period tak normal , adakah disebabkan hormon atau penyakit . saya memerlukan penjelasan
Saya wanita dalam 20 an . saya sudah berkahwin . Pada bulan 10 2020 saya melahirkan baby pramatang 7 bulan … dan baby saya meninggal … ,. Pada tahun ini pada bulan 6 period saya tak datang . tapi pada bulan 7 period saya datang tapi dalam kuantiti yg sedikit … contoh kalau pakai 1 pad dalam sehari tu tak penuh … ini berlanjutan selama 8 hari … setelah habis period . selang 5 hari saya kembali period . tapi darah yg keluar masih sedikit bersama lendir lendir coklat . kadang kadang bercampur darah … ini berlanjutan sehingga sekarang
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall