Sulit
3 tahun
Sakit selepas datang period
Selalunya selepas period kerap terasa ngilu sakit dibahagian bawah perut sebelah kanan. Jika sakit terlalu kuat, saya hanya mampu berjalan sambil tertunduk… Tapi sakit hanya sehari esok dah baik…
Pernah dapatkan rawatan di klinik, doc cakap mungkin hanya angin…so dapat ubat angin dgn cucuk painkiller. Hampir setiap bulan selepas habis period saya rasa sakit seperti senggugut tapi lebih sakit…
Mohon pandangan dari doc, tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami situasi anda di mana berasa sakit pada bahagian perut selepas haid. Kami akan cuba membantu.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit bahagian perut bawah serta ari-ari selepas tamat haid boleh disebabkan:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Sindrom Polisistik Ovari – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi