Sulit
3 tahun
Tegang perut ketika haiy
Assalamualaikum dd dan salam sejahtera… Saya berumur 41tahun…sejak kebelakangan ini bila datang bulan perut saya terasa tegang dan sakit pada bahagian pusat, mcm ditarik2… Darah pun keluar banyak dlm 3/4 yg hari period kenapanya dr? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai sakit perut ketika sedang haid dan ini amat mengganggu. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Sakit ketika haid merupakan perkara yang sering dialami oleh golongan wanita. Perkara ini boleh mengganggu mereka dalam setiap aspek. Sakit ketika datang haid boleh disebabkan oleh beberapa punca, seperti:
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Polip dan fibroid rahim
- Kanser rahim
Sekiranya anda mengalami gehala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Sakit perut yang kerap mengganggu aktiviti harian
- Haid yang berpanjangan dan banyak
- Lemah badan dan lesu
- Pucat
- Pitam atau hampir pitam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Jantung berdebar
Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.