Adakah Kes HIV Di Malaysia Masih Menjadi Barah Dalam Masyarakat?

HIV/AIDS Di Malaysia. Adakah Kes HIV Kita Masih Tinggi? - DoctorOnCall

Sejarah HIV Di Malaysia

 

HIV mula merebak secara meluas pada tahun 1980-an dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kes HIV. Kes pertama HIV di Malaysia dilaporkan berlaku pada tahun 1986. Semenjak dari itu, kes HIV meningkat saban tahun dan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 1990.

 

Selepas saintis menemui tiga kombinasi rawatan Antiretroviral (ART) pada tahun 1995, penurunan kes HIV mula berlaku. Menurut kajian yang dibuat pada 2018 mendapati kadar kes HIV baru di Malaysia adalah 10 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

 

Jumlah kematian HIV/AIDS sejak tahun 1986 hingga 2018 direkodkan sebanyak 43,843 kes. Daripada 75,040 pesakit HIV yang mengetahui status HIV mereka, hanya 41,430 pesakit yang menjalani rawatan ART. KKM mempunyai matlamat untuk mencapai sasaran 90% liputan rawatan HIV menjelang tahun 2020.

 

Sehingga kini masih tiada rawatan yang boleh menghapuskan virus ini secara keseluruhan, namun HIV boleh dicegah dan dikawal melalu rawatan awal sebelum ia berubah menjadi AIDS. Oleh itu, pengesanan dan rawatan HIV pada peringkat awal adalah amat penting.

Punca HIV Di Malaysia

 

1) Jika 10 - 15 tahun lalu, antara faktor utama yang menyumbang kepada kes HIV adalah disebabkan penyalahgunaan dadah, bagaimanapun sejak 5 - 6 tahun kebelakangan ini, peningkatan kes lebih kepada hubungan sejenis terutamanya lelaki dengan lelaki.

 

2) Faktor hubungan seksual menjadi antara risiko utama jangkitan yang biasanya disebabkan oleh hubungan seksual tanpa perlindungan dengan penghidap HIV positif.


 

3) Berkongsi jarum atau alat suntikan dengan penghidap HIV positif, atau melalui pemindahan darah dan organ yang telah dicemari dengan virus HIV.

 

4) Jangkitan daripada ibu HIV positif kepada anak dalam kandungan, ketika kelahiran atau melalui penyusuan ibu.

 

Golongan Yang Terjejas Dengan HIV Di Malaysia

 

Dianggarkan lebih kurang 77 peratus pesakit HIV di Malaysia terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Kebanyakan kes berpunca daripada hubungan seks yang tidak selamat.

 

Manakala, mengikut jantina, laporan menyatakan, daripada jumlah keseluruhan pesakit HIV, golongan lelaki lebih dominan jika dibandingkan dengan golongan wanita.

 

Kementerian Kesihatan akan merangka dan melaksanakan usaha yang lebih proaktif untuk membasmi jangkitan penyakit HIV terutamanya dalam kalangan golongan belia dan remaja bagi mencapai sasaran sifar HIV menjelang 2030.

Statistik HIV Di Malaysia

Peratusan ndividu yang hidup dengan HIV di Malaysia mengikut negeri pada tahun 2018:

Selangor - 28%

WP KL - 13%

Johor - 9%

Sarawak - 8%

Pulau Pinang - 7%

Sabah - 6%

Kedah - 6%

Perak - 5%

Pahang - 4%

Negeri Sembilan - 4%

Kelantan - 3%

Terengganu - 3%

Melaka - 2%

WP Labuan - 1%

Perlis - 1%

Target program 90-90-90, Malaysia (2018):

  • 86% individu tahu status mereka menghidap HIV 
  • 55% individu tahu status mereka menghidap HIV dan sedang menerima rawatan ARV
  • 97% individu dalam rawatan ARV dan virus tidak lagi aktif 

Untuk pengetahuan, bilangan kes HIV tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah 6,978 kes iaitu pada 2002. Namun jumlah itu telah menurun sebanyak 50 peratus pada akhir tahun 2020.

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, negara juga dapat mengekalkan kadar jangkitan vertikal HIV dari ibu ke anak pada kadar di bawah dua peratus dan memastikan tidak menjadi ancaman kesihatan awam.

 

Hasil kaji selidik juga mendapati peratusan jangkitan HIV baharu dalam kalangan mereka yang menyuntik dadah juga menurun iaitu daripada 5,176 kes pada 2002 kepada 164, tahun 2020.

 

Menghadapi Stigma dan Diskriminasi

Tahap stigma dan diskriminasi terhadap penghidap HIV pada populasi umum kekal antara 20% hingga 50%. Hampir satu pertiga (30%) rakyat Malaysia mengatakan mereka akan menghindari membeli sayur-sayuran dari vendor mahupun grerai penghidap HIV manakala 26% rakyat Malaysia percaya bahawa kanak-kanak yang hidup dengan HIV tidak boleh dibenarkan bersekolah dengan anak-anak lain. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk menghilangkan stigma terhadap penghidap HIV.

Antara inisiatif pengurangan stigma dan diskriminasi adalah melalui pendekatan peningkatan kualiti dalam program kemudahan kesihatan kerajaan telah dimulakan dan program ini akan dilaksanakan di 6 negeri (Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor) pada tahun 2020.

Sekilas Fakta HIV Di Malaysia

  • Majoriti individu yang menghidap atau hidup dengan HIV di Malaysia adalah lelaki, tetapi nisbahnya didapati semakin menurun.

  • 70% jangkitan HIV pada tahun 2013 adalah orang Melayu.

  • Setiap hari hampir 10 rakyat Malaysia didiagnosis positif HIV

  • 31% kes yang baru dilaporkan di Malaysia melibatkan mereka yang berusia 20-an

  • Pada tahun 2013, Malaysia mencatatkan lebih daripada 100,000 orang didiagnosis menghidap HIV sejak kes pertama pada tahun 1986.

  • AIDS telah menyebabkan kematian lebih daripada 13,000 rakyat Malaysia

Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall