Cuba Tahan Nafas dan Uji Kapasiti Paru-Paru Anda

Uji Kapasiti Paru-Paru Anda Dengan Mudah

Mereka yang memiliki paru-paru yang sihat biasanya boleh menahan nafas antara 30-60 saat, manakala perokok biasanya hanya boleh bertahan tidak lebih dari 25 saat. Keputusan yang lemah dalam Ujian Menahan Nafas boleh menunjukkan tanda awal sistem pernafasan yang sempit atau dikenali sebagai Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). COPD menyebabkan masalah pernafasan yang serius, berpanjangan dan boleh menjadi lebih parah.

Ketahui tahap kesihatan paru-paru anda dengan melakukan ujian mudah ini! Anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas selama yang anda boleh.


Lemah           : Ini mungkin tanda awal bahawa fungsi paru-paru anda sedang merosot. Berhenti merokok sekarang!

Sederhana    : Paru-paru anda sihat. Namun, jangan mudah berpuas hati. Teruskan dengan gaya hidup yang sihat!

Luar Biasa    : Tahniah! Paru-paru anda berada dalam keadaan optimal. Katakan TIDAK pada rokok!



* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall