Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Asma Kanak-Kanak

Kenali Penyakit Asma Dalam Kalangan Kanak-Kanak - DoctorOnCall

Asma kanak-kanak merupakan penyakit yang sama seperti asma orang dewasa, namun kanak-kanak berkemungkinan akan menunjukkan simptom yang sedikit berbeza.

Kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap penyakit asma bermula ketika mereka masih bayi atau sebelum mereka berumur lima tahun. Sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan dan mengawal asma dengan baik, mereka boleh mendapat serangan asma yang kerap dan perlu menerima rawatan di unit kecemasan dengan kerap, dimasukkan ke wad hospital untuk tempoh masa yang lama, dan mengalami gejala yang lebih serius sehingga boleh membahayakan nyawa mereka.

Etiologi khusus bagi penyakit asma kanak-kanak masih belum diketahui, tetapi pengaruh genetik dan faktor persekitaran biasanya mempunyai peranan yang besar dalam hal ini

Punca dan faktor risiko penyakit asma kanak-kanak

Punca yang sering dikaitkan dengan asma kanak-kanak:


1. Asma yang disebabkan oleh alahan terhadap alergen. Alergen adalah bahan yang boleh menyebabkan proses tindak balas imun di dalam saluran pernafasan. Alergen yang sering mengakibatkan asma kanak-kanak adalah:

  • Hama atau habuk di dalam rumah

  • Kuman dan bakteria

  • Bulu haiwan peliharaan

  • Debunga daripada rumput, pokok, dan tanaman hiasan

  • Najis haiwan perosak, seperti lipas dan tikus


2. Asma yang disebabkan oleh rangsangan yang bukan alahan terhadap alergen, seperti:

  • Menghirup udara sejuk

  • Kesan sampingan ubat-ubatan

  • Bahan kimia di dalam produk yang digunakan

  • Jangkitan virus 

  • Pencemaran udara

3. Asma yang disebabkan oleh aktiviti fizikal seperti bersenam.

Penyebab dan masa berlakunya serangan asma adalah berbeza dan unik bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada tahap kesihatan mereka sendiri.


Faktor-faktor risiko yang boleh mempengaruhi penyakit asma kanak-kanak:


  • Terdedah kepada asap tembakau walaupun semasa masih dalam kandungan

  • Mempunyai simptom reaksi terhadap alahan sebelum ini, seperti ruam pada kulit, alahan kepada makanan, atau demam bermusim (allergic rhinitis)

  • Sejarah keluarga yang menghidap penyakit asma atau alahan

  • Obesiti

  • Masalah sistem saluran pernafasan seperti hidung berair atau tersumbat (rhinitis), sinus bengkak (resdung), atau radang paru-paru

  • Pedih ulu hati (penyakit refluks gastroesophageal, atau GERD)

  • Faktor jantina (lelaki lebih cenderung untuk menghidapi penyakit asma)

  • Berkulit gelap 


Tanda-tanda penyakit asma kanak-kanak


Tanda-tanda asma untuk setiap kanak-kanak adalah berbeza. Sesetengah kanak-kanak mempunyai episod asma yang ringan dan hanya menunjukkan simptom selepas melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, atau apabila mereka terdedah kepada jangkitan. Manakala yang lain pula boleh mengalami simptom asma harian dan secara berterusan, yang akan mengehadkan tahap kecergasan mereka.


Setiap jenis asma memerlukan pendekatan rawatan yang berbeza. Adalah penting untuk diingatkan bahawa kanak-kanak masih boleh mengalami serangan asma yang serius sehingga mengancam nyawa, walaupun pada kebiasaanya mereka hanya mempunyai simptom asma yang ringan.


Sekiranya anak anda mempunyai salah satu atau lebih daripada tanda-tanda asma berikut, anda dinasihatkan untuk membawa mereka  berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian. 


1. Batuk

  • Batuk yang tidak hilang atau berulang.

  • Batuk pada waktu malam atau awal pagi 

  • Batuk selepas bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal.

  • Batuk apabila mereka sedang teruja atau ketawa.


2. Nafas berbunyi

Bunyi siulan bernada tinggi (wheeze), boleh didengar semasa anak anda sedang menghembuskan nafas. Anda dinasihatkan untuk memerhati dan mendengar pernafasan anak-anak anda sekiranya mengesyaki bahawa mereka sedang menghidapi penyakit asma.


3. Sakit dada


Kanak-kanak mungkin akan mengadu "sakit perut" kerana lokasinya adalah berhampiran dangan dada mereka. Simptom ini boleh diperhatikan dengan tindakan mereka yang memegang dan mengurut bahagian perut atau dada mereka.


4. Sesak nafas

  • Periksa kadar pernafasan anak anda dan dengar jika terdapat sebarang bunyi yang terhasil ketika proses pernafasan mereka.

  • Perhatikan sama ada mereka menggunakan banyak pergerakkan badan apabila sedang bernafas, seperti menggerakkan bahagian bahu atau dada ke atas dan ke bawah.

  • Perhatikan sekiranya anak anda pernah mengalami sesak nafas semasa bermain, atau sesak nafas yang berlarutan untuk tempoh yang lama.

  • Perhatikan sekiranya anak anda sering mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal kerana ingin mengelak berlakunya simptom sesak nafas.



Penilaian tahap kawalan asma (dalam tempoh 1 bulan)






Asma terkawal

Asma separa terkawal

Asma tidak terkawal (mempunyai 3-4 ciri-ciri)

Kanak-kanak sehingga 11 tahun

Kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah

Kanak-kanak 6-11 tahun

Kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah

Kanak-kanak 6-11 tahun

Kekerapan simptom pada waktu siang

Tiada

> beberapa minit


> 1 kali seminggu

> 2 kali seminggu

> beberapa minit


> 1 kali seminggu

> 2 kali seminggu

Aktiviti terhad

Tiada

Ada

Ada

Ada

Ada

Simptom pada waktu malam

Tiada

Ada

Ada

Ada

Ada

Memerlukan rawatan untuk melegakan simptom

Tiada

> 1 kali seminggu

> 2 kali seminggu

> 1 kali seminggu

> 2 kali seminggu


Penilaian tahap keparahan gejala penyakit asma kanak-kanak

Parameter

Ringan

Sederhana

Parah

Membahayakan nyawa

Sesak nafas

Semasa berjalan

Semasa bercakap 

- Bayi: sukar menyusu

Semasa rehat

- Bayi: berhenti menyusu


Bercakap

Ayat penuh 

Tidak lancar

Hanya beberapa perkataan

Tidak boleh bercakap

Tahap kesedaran

Mungkin gelisah

Gelisah

Gelisah

Mengantuk / keliru / koma

Kadar pernafasan

Normal atau sedikit tinggi

Tinggi

Sangat tinggi

Usaha pernafasan yang lemah

Penggunaan otos aksesori ketika bernafas

Tiada

Ada

Ada

Pergerakkan bahagian dada dan perut

Semput (wheeze)

Ada

Ada

Ada

Senyap

SPO2

>95%

92-95%

<92%

- Kulit kebiruan

- <92%

Kadar denyutan nadi

Normal

Tinggi

Tinggi

Bradikardia

Ujian fungsi paru-paru PEFR

>80%

60-80%

<60%

Ujian tidak boleh dilakukan



Cara mencegah dan menangani penyakit asma kanak-kanak


Sekiranya anak anda menghidap asma, anda perlu berbincang dengan doktor untuk membina pelan rawatan yang bersesuaian dengan tahap keseriusan simptom mereka. Pelan ini akan membantu anda menangani gejala asma kanak-kanak sekaligus mencegah serangan asma daripada berlaku, antara langkah-langkah yang termasuk dalam pelan ini adalah:


1. Kurangkan pendedahan anak anda terhadap punca gejala asma. Lindungi anak-anak anda daripada terdedah kepada alergen dan pencetus yang boleh menyebabkan gejala asma.


  • Tabiat merokok adalah tidak dibenarkan sama sekali ketika bersama anak-anak anda. Pendedahan asap tembakau terhadap bayi adalah faktor risiko dan punca utama penyakit asma kanak-kanak.


  • Menggalakkan anak-anak anda untuk kekal aktif melakukan aktiviti fizikal. Senaman fizikal yang kerap boleh membantu paru-paru mereka berfungsi dengan lebih baik disamping dapat membantu mengawal gejala asma.


  • Berjumpa dengan doktor mengikut keperluan anak-anak anda. Jangan mengambil ringan tentang tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa asma kanak-kanak semakin serius. Antara tanda yang perlu diawasi adalah keperluan untuk menggunakan penyedut ‘inhaler’ yang semakin kerap dan sma yang berubah dari masa ke masa. Rundingan dengan doktor boleh membantu dalam menambah baik terapi yang diperlukan untuk memastikan gejala asma mereka terkawal.


  • Membantu anak-anak anda dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan boleh memburukkan gejala asma dan meletakkan anak anda dalam golongan yang berisiko menghidapi masalah kesihatan yang lain.


  • Memberi perhatian lebih sekiranya mereka mempunyai masalah pedih ulu hati. Gejala asma kanak-kanak mungkin bertambah buruk jika mempunyai masalah refluks asid atau pedih ulu hati yang teruk (penyakit refluks gastroesophageal, atau GERD). 


2. Ubat bantuan jangka pendek atau lebih dikenali sebagai ubat pelega. 


Ubat ini dapat membantu dalam melegakan gejala ketika serangan asma berlaku.  Kebiasaanya ubat ini dipanggil reliever. Reliever inhaler kebiasannya berwarna biru dan perlu dibawa ke mana sahaja memandangkan asma boleh menyerang pada bila-bila masa.

3. Ubat-ubatan kawalan jangka panjang yang bertindak dengan mengurangkan keradangan penyempitan saluran pernafasan. 

Ubat-ubatan ini tidak akan diberi kepada semua kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma dan hanya boleh diberi dengan preskripsi oleh doktor perubatan sahaja. Tahap keparahan dan kekerapan simptom asma akan menentukan sama ada anak-anak anda memerlukannya ataupun tidak.


Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall