Ketahui Tanda-Tanda Serangan Asma Yang Perlu Anda Awasi

5 Tanda-Tanda Awal Serangan Asma Yang Perlu Anda Tahu - DoctorOnCall

Penyakit asma merupakan keadaan di mana terdapat gangguan pada bahagian saluran pernafasan anda yang mengecut, membengkak, dan menyebabkan lendiran yang berlebihan terhasil. Ini boleh menyukarkan proses pernafasan anda sekaligus menyebabkan tanda-tanda utama asma iaitu batuk, bunyi seperti sedang bersiul (wheeze) semasa anda menghembuskan nafas, dan sesak nafas.

  

Tanda-tanda asma atau semput adalah berbeza bagi setiap individu dan boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi berdasarkan ciri-ciri tertentu:

Klasifikasi Asma GINA (Global INitiative for Asthma)

Tahap kawalan asma

Ciri-ciri 

Asma boleh dikawal

Asma separa terkawal

Asma tidak terkawal

Simptom pada waktu siang

Tiada (kurang daripada 2 kali seminggu)

Lebih daripada 2 kali seminggu 

Mempunyai 3 atau lebih ciri-ciri asma separa terkawal dalam masa seminggu

Aktiviti terhad

Tiada

Ada

Simptom pada waktu malam

Tiada

Ada

Memerlukan rawatan untuk melegakan simptom

Tiada (kurang daripada 2 kali seminggu)

Lebih daripada 2 kali seminggu

Ujian fungsi paru-paru (PEF or FEV1)

Normal

<80% daripada jangkaan atau rekod terbaik (jika diketahui)

Simptom yang jarang berlaku/teruk

Tiada

Sekali atau lebih  dalam masa setahun

Sekali atau lebih dalam masa seminggu


Klasifikasi Keparahan Simptom Asma Sebelum Rawatan

Klasifikasi tahap keparahan simptom asma sebelum rawatan


Simptom

Simptom pada waktu malam

PEF

Severe Persistent

- SETIAP HARI 

- Gejala sangat kerap

- Limitasi aktiviti fizikal

- Kerap berlaku

- <60% Jangkaan 

- Variability > 30%

Moderate Persistent

- SETIAP HARI 

- Gejala sangat kerap 

- Menggunakan Beta 2 agonist setiap hari 

- Limitasi aktiviti fizikal

- Lebih daripada sekali dalam seminggu

- 60% hingga 80% Jangkaan 

- Variability > 30%

Mild Persistent

- Lebih daripada sekali dalam SEMINGGU tetapi kurang daripada sekali dalam SEHARI

- Gejala boleh mengganggu aktiviti dan tidur

- Lebih daripada 2 kali dalam sebulan

- >80% Jangkaan 

- Variability 20%-30%

Intermittent

- Kurang daripada sekali dalam seminggu

- Gejala singkat

- Asimptomatik dan normal PEF di antara episod serangan asma

- 2 kali atau kurang dalam sebulan

- >80% Jangkaan 

- Variability <20%


Tanda Dan Gejala Asma Yang Biasa Berlaku


1. Batuk

Gejala batuk yang berulang sering berlaku terhadap mereka yang menghidap penyakit asma. Sekiranya batuk anda disertai dengan tanda-tanda asma yang lain seperti semput, sesak nafas, atau sakit dada, anda berkemungkinan sedang mengalami tanda-tanda penyakit asma.

 

Tetapi bukan semua pesakit asma akan mengalami gejala batuk. Batuk yang ditunjukkan oleh pesakit asma kebiasaannya adalah batuk kering. Namun, sekiranya anda mengalami penyakit asma yang tidak terkawal, batuk selalunya disertai dengan lendiran yang pekat dan jernih. Dengan terapi yang bersesuaian, simptom batuk berpanjangan ini masih boleh diatasi.

 

2. Nafas yang berbunyi seperti bersiul (Wheeze)

wheeze, kebiasaannya berlaku apabila anda menghembuskan nafas.

 

Sesetengah pesakit beranggapan bahawa mereka tidak menghidapi penyakit asma kerana tidak pernah mengeluarkan bunyi siulan ketika bernafas. Ini tidak benar kerana tidak semua pesakit asma mengalaminya. Oleh itu, jangan berlengah atau menangguhkan temujanji anda dengan doktor untuk kepastian tentang keadaan kesihatan anda.

 

3. Sesak nafas


Segelintir penghidap penyakit asma akan berasa sukar untuk menarik nafas yang dalam atau menarik nafas panjang serta mungkin mengalami kesukaran untuk bercakap, makan atau tidur ketika simptom ini berlaku.


Kesukaran bernafas atau berasa sesak nafas adalah salah satu simptom penyakit asma. Sesetengah pesakit asma menyedari bahawa simptom mereka akan menjadi semakin teruk apabila mereka melakukan aktiviti senaman dan menghalang mereka daripada terus aktif.


Walaupun penghidap asma boleh mengalami sesak nafas semasa bersenam, kebanyakan pesakit masih boleh kekal aktif bersenam tanpa simptom sesak nafas jika penyakit asma mereka diuruskan dengan baik dan jika pesakit tahu cara dan jenis senaman yang sesuai untuk mereka.


4. Sakit dada

Sakit dada sering dikaitkan dengan perasaan seperti terdapat bebanan yang berat sedang menghimpit dada anda atau seolah-olah otot dada anda sedang mengetat dan mencengkam bahagian dada.

 

Berasa sengal atau kesakitan seperti tikaman yang tajam pada bahagian dada juga mungkin berlaku yang mengakibatkan kesukaran dalam proses menarik nafas panjang.


5. Gejala pada waktu malam


Sebilangan besar pesakit asma mengalami simptom waktu malam sekali atau dua kali  dalam masa sebulan. Sesetengah pesakit akan menunjukkan gejala hanya pada waktu malam dan tidak mempunyai tanda-tanda asma pada waktu siang. Ini boleh disebabkan oleh tindak balas yang berlebihan terhadap turun naik aliran udara pada waktu malam. 


Kanak-kanak yang menghidap asma waktu malam sering batuk selepas tengah malam dan pada waktu awal pagi.


Pengecutan bronkus adalah maksimum antara 4:00 dan 6:00 pagi dimana rekod morbiditi dan mortaliti adalah tertinggi akibat asma pada waktu ini. 

 

Tanda-tanda lain yang boleh berlaku


Tidak semua pesakit yang sedang menghidap penyakit asma mempunyai simptom yang biasa seperti batuk, semput, dan sesak nafas. Mereka juga mungkin mengalami gejala asma yang jarang berlaku atau jarang dikaitkan dengan asma. Berikut adalah beberapa gejala asma lain yang boleh berlaku:


  • Kadar pernafasan yang laju

  • Keletihan

  • Kesukaran untuk melakukan aktiviti senaman

  • Sukar untuk tidur atau keresahan pada waktu malam

  • Batuk yang berterusan tanpa semput

 

Tanda-tanda penyakit asma juga sering dikelirukan dengan penyakit lain seperti bronkitis, penyakit jantung dan refluks asid.


Walaupun penyakit asma setakat ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, namun penyakit asma boleh ditangani dengan menggunakkan pendekatan yang bersesuaian. Oleh kerana gejala penyakit asma boleh berubah dari masa ke masa, maka adalah amat penting untuk anda berbincang dan bekerjasama dengan doktor anda dalam memantau simptom dan gejala asma serta mengubah suai kaedah rawatan mengikut keperluan anda.


Serangan Asma


Serangan asma aktif biasanya berlaku dengan gejala-gejala batuk, sesak nafas, sakit dada dan bunyi siulan ketika bernafas dan kebanyakan serangan ringan boleh dilegakan dengan ubat pelega atau reliever inhaler.

Namun begitu, sesetengah serangan asma adalah lebih serius dan mungkin memerlukan rawatan di hospital seperti dengan nebulizer.


Berikut adalah antara tanda-tanda bahawa anda mungkin sedang mengalami serangan asma yang serius:


  • Gejala asma yang semakin merosot (batuk, sesak nafas, semput atau dada sesak).

  • Alat penyedut ubat ‘inhaler’ (yang biasanya berwarna biru) tidak berkesan.

  • Anda tidak boleh bercakap, makan, atau tidur kerana kekurangan oksigen.

  • Pernafasan yang sangat cepat dan anda berasa seperti kehabisan nafas.

  • Skor PEF anda adalah di bawah purata.

  • Sakit perut atau sakit dada seperti mencengkam.


Sekiranya anda tidak mendapat rawatan segera untuk serangan asma, anda mungkin akan kehilangan keupayaan untuk bercakap secara beransur-ansur dan warna bibir akan beransur menjadi kebiruan. Peralihan warna ini, yang dirujuk sebagai “cyanosis" menunjukkan bahawa darah anda sedang kekurangan oksigen. Anda mungkin akan jatuh pengsan dan boleh membawa maut jika anda tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera di jabatan kecemasan.


Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall