Apa Itu Kaedah Perancang Kehamilan Cap Serviks (Contraceptive Cap)?

Apa Itu Cap Serviks? Adakah Ia Sama Dengan Diafragma? - DoctorOnCall

Kaedah Perancangan Keluarga: Cap Serviks

Apa Itu Cap Serviks?

Cap Serviks adalah alat perancang berbentuk kubah bulat yang diperbuat daripada getah atau silikon. Cap Serviks lebih kecil daripada diafragma, ia juga merupakan kaedah perancang jenis barrier (penghalang) yang digunakan dengan spermisida (bahan kimia yang membunuh sperma). Cap Serviks terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz; pegawai kesihatan akan membantu menentukan bentuk atau ukuran yang sesuai untuk anda.

Bagaimana Cara Menggunakan Cap Serviks?

Cap Serviks dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual untuk menutup serviks agar sperma tidak dapat masuk ke dalam rahim. Cap Serviks mesti dibiarkan di dalam faraj sekurang-kurangnya 6 jam selepas hubungan seks. Setelah tempoh minimum ini, ia dikeluarkan, dicuci dan boleh digunakan semula.

Penggunaan Cap Serviks semasa haid tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan risiko komplikasi jangkitan bakteria yang boleh mengancam nyawa (toxic shock syndrome).

Adalah Cap Serviks Berkesan?

Cap Serviks 92–96% berkesan untuk mencegah kehamilan jika digunakan dengan betul bersama spermisida. Walau bagaimanapun, ia hanya memberikan perlindungan yang terhad terhadap penyakit kelamin (STD). Oleh itu, bentuk kontrasepsi lain adalah wajar digunakan jika seseorang berisiko tinggi dijangkiti STD. 

Rujuk kepada pegawai kesihatan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Cap Serviks


* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall