Adakah Cara Anda Menggunakan Kondom Lelaki Atau Wanita Betul?

Cara Menggunakan Kondom Bagi Lelaki Dan Wanita - DoctorOnCall

Kondom Lelaki & Wanita

Apabila digunakan dengan betul, kondom adalah satu-satunya alat perancang keluarga yang melindungi daripada kehamilan dan penyakit kelamin (STD), termasuk human immunodeficiency virus (HIV). Kondom adalah alat kontrasepsi kaedah penghalang, yang boleh didapati dalam bentuk kondom lelaki dan kondom wanita.

Apakah Kondom Lelaki?

Kondom lelaki digunakan pada zakar untuk mengelakkan air mani lelaki memasuki kelamin pasangan seksualnya. Kondom lelaki juga didapati 98% berkesan untuk mencegah kehamilan. 

Kondom lelaki lazimnya diperbuat dari lateks (getah) atau poliuretana yang sangat nipis (plastik lembut dan nipis), tetapi ada juga kondom lelaki yang dihasilkan dari kulit biri-biri atau kulit semulajadi yang lain. Walau bagaimanapun, kondom yang berasaskan kulit semulajadi atau kulit biri-biri hanya membantu mencegah kehamilan, namun tidak mempunyai perlindungan terhadap jangkitan kelamin.

Apa Itu Kondom Wanita?

Kondom wanita diperbuat dari poliuretana dan dimasukkan ke dalam faraj untuk mengelakkan air mani sampai ke rahim. Kondom wanita didapati 95% berkesan untuk mencegah kehamilan.

Kondom wanita harus dipertimbangkan semasa hubungan seksual apabila kondom lelaki tidak dapat digunakan dengan sempurna untuk mencegah jangkitan. Kondom wanita boleh kekal di dalam faraj sehingga 8 jam sebelum hubungan seksual.

Tanyakan kepada pegawai khidmat kesihatan anda jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kondom wanita.

Tips Semasa Menggunakan Kondom

• Kondom hanya boleh digunakan satu kali sahaja. Oleh itu, jangan menggunakan semula kondom anda.

• Kondom lateks tidak boleh digunakan bersama dengan pelincir berasaskan minyak (contohnya minyak urut, minyak bayi, losyen dan jeli petroleum). Ini kerana pelincir berasaskan minyak akan melemahkan kondom, menyebabkannya terkoyak atau pecah.

• Sekiranya kondom anda tergelincir semasa hubungan seksual, kontraseptif kecemasan dan pemeriksaan STD (jika seseorang berisiko) mungkin diperlukan.


Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall