Apakah Itu IUS? Kenali Peracang Kehamilan Dalam Rahim Jenis Hormon

Perancang Kehamilan Dalam Rahim Jenis Hormon | IUS - DoctorOnCall

Sistem Intrauterin (IUS)

Apa Itu IUS?

Sistem intrauterin (IUS) adalah alat plastik kecil berbentuk T yang dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor atau jururawat terlatih.

Bagaimana IUS Berfungsi?

IUS mengandungi progestogen dan perlahan-lahan melepaskannya ke dalam rahim. Progestogen dalam rahim menyebabkan lendir di kawasan serviks menjadi lebih pekat, mewujudkan kondisi yang sukar bagi sperma untuk memasuki rahim dan bertemu dengan sel telur. Lapisan rahim juga akan menjadi lebih tipis, sekaligus mencegah implantasi telur (yang telah disenyawakan) pada dinding rahim. Memasang alat ini juga dapat menghentikan ovulasi (pelepasan telur) pada sesetengah wanita. 

IUS boleh mempengaruhi tempoh haid seseorang dengan menyebabkan pendarahan atau spotting yang tidak teratur, terutama pada 6 bulan pertama. Pada sesetengah wanita, haid mereka mungkin menjadi lebih ringan daripada biasa atau berlanjutan menjadi tidak teratur, atau malah berhenti sama sekali. Namun begitu, keadaan ini adalah normal dan tidak berbahaya. 

Rujuk doktor atau jururawat anda pada bila-bila masa jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai penggunaan IUS. 

Sejauh Manakah IUS Berkesan?

Hampir sama dengan alat intrauterin (IUD), IUS juga merupakan kaedah kontraseptif jangka panjang berbalik (LARC) yang sangat efektif.

Ia berfungsi selama 3-5 tahun, bergantung pada jenisnya. Ia boleh dipasang pada wanita yang tidak hamil pada bila-bila masa sepanjang kitaran haidnya. Perlindungan terhadap kehamilan adalah segera jika ia dipasang pada 7 hari pertama kitaran haid, sementara kontrasepsi tambahan mungkin diperlukan jika ia dipasang pada waktu yang lain. 

Sila bertanya kepada pegawai khidmat kesihatan jika anda ingin mengetahui sama ada IUS sesuai untuk anda.


Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall