Patuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan. Vaksin Melindungi Anak Anda.

Jadual Imunisasi Kebangsaan: Patuhi Temujanji Vaksin Bayi - DoctorOnCall


Apa Itu Jadual Imunisasi Kebangsaan ?

Anak merupakan anugerah teristimewa bagi setiap pasangan. Naluri seorang ibu atau bapa untuk melindungi anak bermula apabila lahirnya mereka ke dunia. Untungnya kita rakyat Malaysia, kerana kerajaan kita telah membiayai suntikan vaksin secara percuma untuk semua lapisan masyarakat sejak lahir.

Melalui Jadual Imunisasi Kebangsaan yang telah diperkenalkan seawal tahun 1950an, setiap bayi yang lahir di Malaysia akan diberikan suntikan vaksin percuma bagi mencegah penyakit berjangkit. Jadual ini telah dirangka merujuk kepada Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI- Expanded Immunization Programme) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Melalui program ini, setiap negara disarankan untuk menawarkan imunisasi kepada 6 jenis penyakit utama kanak-kanak. Di Malaysia, kerajaan telah menambah perlindungan imunisasi kepada 12 jenis jangkitan. 

Vaksin atau imunisasi adalah penting bagi melindungi kita daripada penyakit yang berbahaya dan berpotensi memberi kecacatan serius kepada bayi malahan boleh membawa maut.

Menurut laporan daripada WHO, dua hingga tiga juta kematian daripada penyakit seperti demam campak, diphteria, kancing gigi dan influenza telah berjaya dicegah. Ini membuktikan vaksin adalah satu usaha yang berjaya dan patut di ambil serius oleh semua pihak.

Patuhi Jadual Imunisasi

Sebagai ibu bapa, anda harus memberi perhatian dan cakna kepada jadual imunisasi bayi anda. Suntikan vaksin yang mengikut jadual telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan kesihatan anak anda terjamin. Berikut merupakan Jadual Imunisasi Kebangsaan yang terkini: 



Berbeza dengan jadual imunisasi bayi 2019, untuk imunisasi bayi 2020 kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM60 juta bagi menambah suntikan vaksin pneumococcal ke dalam jadual imunisasi 2020. Suntikan ini akan diberikan kepada semua bayi yang lahir bermula Januari 2020 dengan tiga dos suntikan iaitu pada bulan ke 4, 8 dan 15. Adakah anda tahu mengenai fakta dan mitos vaksin?

Senarai Penyakit Yang Dilindungi

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dilindungi oleh suntikan imunisasi bayi di atas, ayuh luangkan sedikit masa kepada perkongsian jadual berikut.

Penyakit 

Vaksin 

Kaedah suntikan

Kesan sampingan vaksin

Tibi


Gejala batuk berterusan dan batuk berdarah disebabkan oleh mycobacterium tuberculosis. Jangkitan bakteria ini pada paru-paru menyebabkan keradangan.





BCG




Suntikan dibawah lapisan kulit luar ( ke dalam lapisan dermis) di bahu


  • Biasanya hanya bengkak dan ulser di tempat suntikan untuk beberapa hari. 

  • Kesan sampingan serius seperti keradangan nodus limfa, dan lupus vulgaris sangat jarang dilaporkan.


Hepatitis B 


Jangkitan virus hepatitis B menyebabkan keradangan dan kerosakan hati yang kronik. Virus tersebar melalui hubungan seksual, bertukar-tukar jarum suntikan di kalangan penagih dadah dan sebagainya.








Hepatitis B






Suntikan di otot paha

  • Sakit di tempat suntikan

  • Demam 

  • Tindak balas alergi tetapi sangat jarang

Difteria (batuk ayam)

Jangkitan bakteria corynebacterium diphteria pada kerongkong tekak yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. 



Kombinasi Difteria-tetanus- pertusis (DTap)


Suntikan di paha bagi kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan di bahu untuk mereka berumur lebih dari 1 tahun


  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam 

  • Sakit kepala

  • Loya dan muntah

  • Cirit birit dan sakit perut


Tetanus (kancing gigi)


Keracunan bakteria clostridum tetaniyang menyebabkan kekejangan otot badan.



Kombinasi Difteria-tetanus- pertusis (DTap)



Suntikan di paha bagi kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan di bahu untuk mereka berumur lebih dari 1 tahun


  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam 

  • Sakit kepala

  • Loya dan muntah

  • Cirit birit dan sakit perut


Pertussis (batuk kokol)


Jangkitan bakteria bordetella pertussis yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan batuk berterusan sehingga sukar bernafas.




Kombinasi Difteria-tetanus- pertusis (DTap)





Suntikan di paha bagi kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan di bahu untuk mereka berumur lebih dari 1 tahun


  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam 

  • Sakit kepala

  • Loya dan muntah

  • Cirit birit dan sakit perut


Haemophilus influenza jenis B


Jangkitan pada paru-paru (pneumonia), keradangan selaput otak (meningitis) yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenza jenis B





Hib 

(Haemophilus influenza jenis B)



Suntikan di paha bagi kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan di bahu untuk mereka berumur lebih dari 1 tahun




  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam

Polio 


Poliovirus menyebabkan kecacatan kekal kepada otot iaitu kelumpuhan akibat jangkitan otak.

 



Polio (IPV)


Suntikan di paha bagi kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan di bahu untuk mereka berumur lebih dari 1 tahun




  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam








Campak (Measles)


Jangkitan akut virus Rubeola yang menyebabkan ruam dan demam. Jangkitan pada paru-paru dan otak juga boleh berlaku.










Suntikan di otot paha

  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam

  • Bengkak di kelenjar bahagian pipi dan leher

  • Tindakbalas yang lebih serius seperti sawan, kekejangan otot, jangkitan paru-paru, dan kekurangan sel platlet jarang berlaku

  • Penyakit boleh berlaku sekiranya seseorang mempunyai masalah imuniti yang rendah







Beguk (Mumps) 


Jangkitan virus yang menyebabkan bengkak di kelenjar parotid pada awalnya. Kemudian jangkitan merebak ke organ lain seperti testis dan otak.








Kombinasi Vaksin Measles-Mumps- Rubella(MMR)









Suntikan di otot paha


  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam

  • Bengkak di kelenjar bahagian pipi dan leher

  • Tindakbalas yang lebih serius seperti sawan, kekejangan otot, jangkitan paru-paru, dan kekurangan sel platlet jarang berlaku

  • Penyakit boleh berlaku sekiranya seseorang mempunyai masalah imuniti yang rendah






Rubella 


Penyakit jangkitan virus bercirikan ruam merah yang membahayakan nyawa bayi sekiranya lahir daripada ibu yang terkena jangkitan rubella.






Kombinasi Vaksin Measles-Mumps- Rubella(MMR)







Suntikan di otot paha

  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam

  • Bengkak di kelenjar bahagian pipi dan leher

  • Tindakbalas yang lebih serius seperti sawan, kekejangan otot, jangkitan paru-paru, dan kekurangan sel platlet jarang berlaku

  • Penyakit boleh berlaku sekiranya seseorang mempunyai masalah imuniti yang rendah


Kanser serviks


Kanser yang disebabkan oleh Human papilloma virus (HPV) terutamanya jenis 16 dan 18.






HPV 




Suntikan di otot paha atau bahu


  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam



Japanese encephalitis 


Jangkitan virus melalui gigitan nyamuk yang menyebabkan kerosakan pada otak.



Suntikan di otot paha atau bahu



  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam




Pneumococcal


Jangkitan bacteria streptococcus pneumonia yang merebak melalui titisan pernafasan.



Suntikan di otot paha atau bahu



  • Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan

  • Demam

  • Sakit kepala

Walaupun setiap vaksin yang dinyatakan di atas mempunyai beberapa kesan sampingan, kesan yang teruk adalah sangat jarang dilaporkan dan kebaikan vaksin adalah lebih banyak dan jauh lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan kesannya. Kesan sampingan yang serius jarang berlaku kerana keselamatan vaksin sentiasa di kawal oleh agensi yang bertanggungjawab. Proses pembikinan vaksin juga mengambil masa bertahun-tahun dan telah melalui pelbagai proses ujikaji dan saringan bagi memastikan setiap vaksin yang keluar di pasaran adalah selamat.


Vaksin Tambahan

Selain daripada vaksin yang tersenarai dalam jadual di atas, terdapat juga vaksin-vaksin tambahan lain yang boleh diberikan kepada bayi. Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin tambahan ini untuk anak-anak mereka di hospital atau klinik swasta.

Berikut merupakan vaksin tambahan yang boleh didapati di fasiliti kesihatan swasta seluruh negara:

1. Meningococcal 

Penyakit meningitis atau keradangan selaput otak adalah penyakit jangkitan bakteria neiserria meningitidis. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat ia boleh menyebabkan kematian dalam kalangan bayi. Vaksin ini disyorkan kepada semua lapisan umur seawal usia 11 tahun untuk dos yang pertama. Mereka yang mempunyai kondisi perubatan yang menyebabkan sistem imuniti badan lemah juga sangat di nasihatkan untuk mengambil vaksin ini.

2. Rotavirus 

Kebanyakan kanak-kanak yang dimasukkan ke wad bergejala cirit birit dan muntah adalah akibat jangkitan rotavirus. Oleh itu, vaksin ini boleh diambil seawal umur 6 minggu dan perlu lengkapkan dua dos. Uniknya vaksin ini, ia diambil melalui oral, bukannya suntikan seperti vaksin biasa.

3. Chickenpox atau cacar air

Jangan tertukar dengan campak iaitu measles. Chickenpox adalah penyakit yang berbeza dan disebabkan oleh jangkitan virus varicella zoster.

4. Influenza 

Suntikan tahunan influenza boleh mencegah jangkitan kuman influenza yang biasanya menyebabkan demam yang teruk, selsema dan batuk. Kanak-kanak disyorkan untuk mendapatkan vaksin ini untuk kekal sihat sepanjang tahun. Rujuk kepada doktor untuk mengetahui tentang vaksin dengan lebih lanjut.


Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!




Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall